Pengenalan
Koperasi Kakitangan Politeknik Kota Bharu Berhad (KKPKBB) ditubuhkan oleh beberapa kakitangan Politeknik Kota Bharu (PKB) pada tahun 2010 dan diluluskan secara rasmi pada Januari 2011. Buat sementara waktu ianya beroperasi di Blok D, Jabatan Perdagangan sementara mendapat pejabat tetap.

Taklimat pertama penubuhan KKPKBB di sampaikan oleh pegawai Suruhanjaya Koperasi  Malaysia di bilik Seminar Al-Mimar, PKB. Ia dihadiri oleh kakitangan dan jawatankuasa penaja. Sejurus selesai taklimat, mesyuarat pertama diadakan dan Ahli Lembaga Pengarah dipilih.

Visi Koperasi
Menjadi koperasi KKPKBB yang berkembang secara berterusan dalam perniagaan dan kebajikan  bagi memberikan kemanfaatan kepada anggotanya serta berperan aktif dalam gerakan Koperasi dengan berpegang teguh pada nilai-nilai dan prinsip koperasi.

Misi Koperasi
1. Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang berkualiti kepada anggota atau bukan anggota yang layak
2. Meringankan beban ekonomi dan meningkatkatkan daya beli anggota atau bukan anggota yang layak
3. Menyediakan peluang perniagaan kepada anggota
4. Menjaga kebajikan anggota sebaik mungkin